Wednesday, October 20, 2010

Ulasan Filem (Anakku Sazali)


ANAKKU SAZALI

PLOT

Filem Anakku Sazali mula ditayangkan di pawagam pada 27 Oktober 1956. Filem lakonan P. Ramlee ini menyaksikannya memainkan dua watak yang berbeza iaitu sebagai bapa dan anak. P. Ramle memainkan watak Hassan yang dewasa dan Sazali, anaknya yang sudah dewasa Hassan ialah seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya. Orang kaya tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani. Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan dengan Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga mengasihi Hassan mengikutnya ke Singapura dan berjumpa Mansor. Mahani dan Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rokiah. Selepas itu Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandung anak sulung mereka.

Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. Sazali mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari, polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera akibat ditembak polis. Dia kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu.


TEKNIK PENCERITAAN

Teknik penceritaan dalam filem ini sangat menarik kerana ianya berkaitan dengan isu kehidupan masyarakat kita sendiri pada masa kini, iaitu hal yang berkaitan dengan isu kehormatan antara anak dan ibu bapa. Kini memang tidak dinafikan bahawa ramai anak-anak kita yang sudah tergelongsor ke arah perkara negatif seperti menjadi anak derhaka dan yang lebih menyedihkan lagi, terdapat anak-anak yang sanggup membunuh, meninggikan suara dan melakukan perkara yang di luar jangkaan terhadap ibu bapa mereka sendiri. Subhanallah !! Selain daripada itu, teknik pencahayaan seperti penggunaan lampu, gerakan kamera serta kesan bunyi di dalam filem ini mampu menarik perhatian para penonton. Contonya bunyi sedih, pergaduhan dan kejutan. Buktinya, hingga kini filem Anakku Sazali ini tidak jemu-jemu ditonton oleh generasi pada masa kini.

TAHAP PERSEMBAHAN

Kehebatan P.Ramlee dalam pengarahan serta lakonan amatlah menyerlah sehingga berjaya melampau zaman. Kesan lakonan P.Ramlee masih dapat dirasakan walaupun berdekat-dekat sudah berlalu. Ungkapan yang digunakan dalam filem-filemnya masih lagi digunakan dalam gurauan anak-anak remaja pada masa kini. Ini jelas memaparkan kehebatan dan kesan P.Ramlee dalam bidang yang diceburinya itu sehingga dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat yang hidup selepas zamannya. Kebolehan P.Ramlee dalam menghidupkan watak pada filem amat menakjubkan. Beliau telah berjaya memainkan dua peranan yang berbeza. Seorang sebagai watak Sazali, seorang anak muda yang jahat dan selau melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Pada masa yang sama pula, P.Ramlee memainkan peranan sebagai ayah

kepada Sazali, seorang tua baik dan penyabar yang terpaksa menerima serangai buruk anaknya itu. Pendekatan seorang pelakon memegang dua watak dalam satu cerita merupakan pendekatan yang pertama digunakan dalam filem tersebut. Apatah lagi memegang watak yang sungguh berbeza pendirian serta peringkat umur. P.Ramlee terpaksa bijak dalam merubah nada suara serta bahasa yang digunakan dalam filem itu. Ternyata, degan sifat versitiliti P.Ramlee yang luar biasa, filem itu menjadi sangat popular dan berkesan.


PENGHAKIMAN

Filem ini wajar ditonton kerana ia mempunyai banyak mesej yang baik terutamanya kita sebagai anak. Selain daripada itu juga kita perlulah menyokong filem tempatan dan ternyata filem Anakku Sazali ini telah mendapat pelbagai anugerah di atas keberkesanan dan mesej yang disampaikan di dalam filem ini.



No comments:

Post a Comment