Wednesday, October 20, 2010

PEMERENGGANAN DAN TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

PEMERENGGANAN

AYAT TESIS

Tindakan gologan muda dalam menyuarakan pandangan. Hal ini dibantu juga dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.


AYAT TOPIK

a) Dalam konteks di institusi pengajian tinggi (IPT), kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan.

b) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertumbuhan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.


KEDUDUKAN AYAT TOPIK

Perenggan Deduktif :

Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini bersifat agak “panas” kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Perenggan Induktif :

Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi.

Perenggan Deduktif Kompleks :

Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlansung dalam “gedung ilmu”. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

PERENGGAN PENGENALAN

- Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana Negara di dunia. Fenomina ini menyatakan tindakan gologan muda dalam menyuarakan pandangan. Hal ini dibantu juga dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

- Menggunakan analogi.

PERENGGAN PENUTUP

Penulis tidak menyatakan fenomina ini, yang dibincangkan dibincangkan adalah sudah tiba masanya perjuangan dan pergerakan pelajar dalam skop pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP).

PERENGGAN TRANSISI

1. Hubungan yang menyatakan akibat atau hasil

2. Hubungan yang menyatakan perkaitan atau penilaian

PERENGGAN DIALOG

“ saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu. Ai juga tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak” .

CIRI-CIRI PERENGGAN YANG BAIK

1. Kesatuan :

- Proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum

2. Kepautan :

- Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara.

3. Kejelasan :

- Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri besedia meneriam apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemiliham MPP.

TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

1. Teknik Definisi :

- Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana Negara di dunia.

2. Teknik Klasifikasi :

- Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

3. Teknik Analisis :

Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukkan bagi kawasan kampus manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.

No comments:

Post a Comment