Tuesday, December 14, 2010

AddThis Chrome Extension

AddThis Chrome Extension

'Hikmah Berzikir'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Firman Allah s.w.t maksudnya, "Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." (al Ahzab35)

Dari Rasulullah saw, "Sesiapa yang mengucapkan ' Subhanallah Hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga" (H.R.Muslim)





antara hikmah berzikir ialah :

-mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa

-menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah

-mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya

-mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat

-mendapat nur (cahaya) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat

-dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga

-menjadi pendinding dan perisai dari neraka jahanam

-mendekatkan diri pada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan

-menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hati

-membersihkan hati daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit

-menjauhkan diri dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan

-dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil

-bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat

-sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firmanNya, " Ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu."

Jadi marilah kita memperbanyakkan dan selalu berzikir serta mengingati Allah s.w.t
insya-allah banyak hikmah yang akan diperolehi nanti...

wallahua'lam....

Tuesday, November 23, 2010

HD Camera (high Difination)







Teknologi yang dimasukkan kedalam kamera jenis HD (high Difination) membolehkan kita melihat wajah sebenar air menitik. Bila kita renung bentuk dan pecahannya itulah sebenarnya ukiran2 yang kita letak dalam masjid2 seluruh dunia termasuk kubah masjid. Subhanallah !! Really Nice :D

Wednesday, October 20, 2010

PEMERENGGANAN DAN TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

PEMERENGGANAN

AYAT TESIS

Tindakan gologan muda dalam menyuarakan pandangan. Hal ini dibantu juga dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.


AYAT TOPIK

a) Dalam konteks di institusi pengajian tinggi (IPT), kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan.

b) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertumbuhan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.


KEDUDUKAN AYAT TOPIK

Perenggan Deduktif :

Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini bersifat agak “panas” kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Perenggan Induktif :

Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi.

Perenggan Deduktif Kompleks :

Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlansung dalam “gedung ilmu”. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

PERENGGAN PENGENALAN

- Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana Negara di dunia. Fenomina ini menyatakan tindakan gologan muda dalam menyuarakan pandangan. Hal ini dibantu juga dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

- Menggunakan analogi.

PERENGGAN PENUTUP

Penulis tidak menyatakan fenomina ini, yang dibincangkan dibincangkan adalah sudah tiba masanya perjuangan dan pergerakan pelajar dalam skop pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP).

PERENGGAN TRANSISI

1. Hubungan yang menyatakan akibat atau hasil

2. Hubungan yang menyatakan perkaitan atau penilaian

PERENGGAN DIALOG

“ saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu. Ai juga tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak” .

CIRI-CIRI PERENGGAN YANG BAIK

1. Kesatuan :

- Proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum

2. Kepautan :

- Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara.

3. Kejelasan :

- Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri besedia meneriam apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemiliham MPP.

TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

1. Teknik Definisi :

- Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana Negara di dunia.

2. Teknik Klasifikasi :

- Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

3. Teknik Analisis :

Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukkan bagi kawasan kampus manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.

Ulasan Filem (Anakku Sazali)


ANAKKU SAZALI

PLOT

Filem Anakku Sazali mula ditayangkan di pawagam pada 27 Oktober 1956. Filem lakonan P. Ramlee ini menyaksikannya memainkan dua watak yang berbeza iaitu sebagai bapa dan anak. P. Ramle memainkan watak Hassan yang dewasa dan Sazali, anaknya yang sudah dewasa Hassan ialah seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya. Orang kaya tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani. Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan dengan Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga mengasihi Hassan mengikutnya ke Singapura dan berjumpa Mansor. Mahani dan Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rokiah. Selepas itu Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandung anak sulung mereka.

Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. Sazali mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari, polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera akibat ditembak polis. Dia kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu.


TEKNIK PENCERITAAN

Teknik penceritaan dalam filem ini sangat menarik kerana ianya berkaitan dengan isu kehidupan masyarakat kita sendiri pada masa kini, iaitu hal yang berkaitan dengan isu kehormatan antara anak dan ibu bapa. Kini memang tidak dinafikan bahawa ramai anak-anak kita yang sudah tergelongsor ke arah perkara negatif seperti menjadi anak derhaka dan yang lebih menyedihkan lagi, terdapat anak-anak yang sanggup membunuh, meninggikan suara dan melakukan perkara yang di luar jangkaan terhadap ibu bapa mereka sendiri. Subhanallah !! Selain daripada itu, teknik pencahayaan seperti penggunaan lampu, gerakan kamera serta kesan bunyi di dalam filem ini mampu menarik perhatian para penonton. Contonya bunyi sedih, pergaduhan dan kejutan. Buktinya, hingga kini filem Anakku Sazali ini tidak jemu-jemu ditonton oleh generasi pada masa kini.

TAHAP PERSEMBAHAN

Kehebatan P.Ramlee dalam pengarahan serta lakonan amatlah menyerlah sehingga berjaya melampau zaman. Kesan lakonan P.Ramlee masih dapat dirasakan walaupun berdekat-dekat sudah berlalu. Ungkapan yang digunakan dalam filem-filemnya masih lagi digunakan dalam gurauan anak-anak remaja pada masa kini. Ini jelas memaparkan kehebatan dan kesan P.Ramlee dalam bidang yang diceburinya itu sehingga dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat yang hidup selepas zamannya. Kebolehan P.Ramlee dalam menghidupkan watak pada filem amat menakjubkan. Beliau telah berjaya memainkan dua peranan yang berbeza. Seorang sebagai watak Sazali, seorang anak muda yang jahat dan selau melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Pada masa yang sama pula, P.Ramlee memainkan peranan sebagai ayah

kepada Sazali, seorang tua baik dan penyabar yang terpaksa menerima serangai buruk anaknya itu. Pendekatan seorang pelakon memegang dua watak dalam satu cerita merupakan pendekatan yang pertama digunakan dalam filem tersebut. Apatah lagi memegang watak yang sungguh berbeza pendirian serta peringkat umur. P.Ramlee terpaksa bijak dalam merubah nada suara serta bahasa yang digunakan dalam filem itu. Ternyata, degan sifat versitiliti P.Ramlee yang luar biasa, filem itu menjadi sangat popular dan berkesan.


PENGHAKIMAN

Filem ini wajar ditonton kerana ia mempunyai banyak mesej yang baik terutamanya kita sebagai anak. Selain daripada itu juga kita perlulah menyokong filem tempatan dan ternyata filem Anakku Sazali ini telah mendapat pelbagai anugerah di atas keberkesanan dan mesej yang disampaikan di dalam filem ini.